Sunday, 5 February 2012

ATU TAK ANDAI (BERUSAHA MEMBUAHKAN KEJAYAANL

                      ATU TAK ANDAI  (BERUSAHA MEMBUAHKAN KEJAYAA)

Sebuah " true story" disampaikan secara narative.
no. 12  Pekan Kecil  Tapah Road  Perak".Tahun 1951.

Lili hilir mudik di depan kedai itu, dia tak habis pikir tentang Mat. Mengapa Mat menyebut "lotok" ketika membeli rokok untuk bapanya. Bahasa apa yang digunakan  oleh Mat? kata Lili.

Tetapi pakcik kedai itu pun memahami bahasa Mat, hanya dia saja yang tak tahu.
Sambil mundar mandir di depan kedai itu, Lili melayangkan pandangannya ke hujung jalan sambil menunggu kedatangan Mat datang ke kedai itu. Hatinya berdebar-debar kalau-kalau Mat  tidak datang. Lili ingin sekali bertanya kepada Mat .  Lili tersentak ketika dia melihat Mat di hujung jalan.

Pandangan Lili tak lepas memperhatikan gerak dan langkah Mat menuju ke kedai itu. Dari kejauhan Mat sudah melemparkan senyumannya untuk Lili. Mat heran Lili mahu tersenyum kepadanya, padahal Lili tak pernah mahu berkawan dengannya.
Mat terus meluru masuk kedai itu, diperhatikan oleh Lili dengan penuh minat.

"Pak cik, beli lotok tembak sebuntus", Lili ternganga, memang tidak salah lagi pendengarannya. Bahasa Mat lain , tidak sama dengan percakapannya sehari-hari.
Belum habis Lili berpikir, pak cik kedai itu memberikan sebungkus rokok kepada Mat.
Pak cik kedai itupun tahu bahasa yang digunakan Mat, Lili tercengang memandang pak cik kedai itu, ada bahasa rahsia antara Mat dan Pak cik kedai.

Sambil melayangkan pandangan dan mengharapkan balasan senyuman dari Lili, Mat keluar dari kedai itu.
"Mat tunggu sekejap" Lili memanggil Mat.                                                                          " Mari kita ke belakang kedai ini sekejap  , Mat", dengan gembira Mat meluru mengikuti Lili ke belakang kedai.                                                                                                 "Kamu beli apa tadi Mat", Lili pura-pura bertanya.                                                          "Atu beli lotok untuk bapak atu", jawab Mat selamba.                                                    "Apa Mat ? Beli apa?", Lili mulai tak percaya,  dengan apa yang didengarnya.             "Beli lotok ... untuk bapak atu", Mat berusaha menjelaskan.                                           "Mat ! itu bukan lotok, itu rokok", jawab Lili tak puas hati. Mat terpaku mendengarkan penjelasan Lili, tidak ada sesiapapun mempersoalkan sebelum ini, bagaimanapun cara dia menyebutkannya semua orang akan faham maksud Mat.                                                "Mat cuba kau sebut sekali lagi, r r r o o o k k k o o o k k k", Lili cuba mengajar Mat.      "L L L O O O t t t o o o k k k", Mat cuba mengulanginya.                                             "Mat! dengar baik-baik bukan lotok, r r r o o o k k k o o o k k k ", Lili mulai marah           dicubitnya pipi Mat, agak kuat juga cubitannya. Mat tidak menyangka Lili akan             mencubitnya.                                                                                                                           "Mat cepat cakap, r r r o o ok k k o o o k k k " perintah Lili lebih kuat lagi                           "Tak Andai", jawab Mat agak ketakutan, dilihatnya Lili sangat marah dan meradang.        "Kenapa engkau tak pandai? semua orang pandai!, r r r o o o k k k o o ok k k !!!!!  , cepat   cakap", Lili semakin marah tangannya mencubit pipi, tangan dan ponggong Mat     dengan kuat. Mat mulai menangis, cubitan Lili sangat menyakitkannya.                               "Diam !!!!! jangan menangis, nanti aku cubit lagi, cepat cakap betul-betul.. r r r o o o k k k o o o k k k ! ! ! ! ! ! ! ". Lili semakin meradang. Mat tak dapat berkata-kata, sebab tersedu menangis menahan sakit. Mat berharap Lili mahu berkawan dengannya tetapi Lili malah mencubitnya, sungguh sedih hati Mat. Dia memandang Lili dengan sedih, sedih dan sedih sekali.
" Mat cepat cakap,  r r r o o o k k k o o o k k k  !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!", Lili mengajarkan Mat , sambil menjerit."Aku cubit lagi , kau naaaakkkkk?????????"
"Mat tak andai catap, macam mana ni...................???"
"R R Ro o ok k k o o ok k k  !!!!!!!!!!! rokok !!!!!!!! r r r o o o k k k o o o k k k ..!!!!!!!!!!!!! ,senang sangat itupun tak tahu ke  ???????? tangan Lili mencubit Mat lagi.
"Kamu boleh balik, tapi jangan kamu ceritaka semua ini kepada kakak kamu Yah, jangan cerita kepada mak dan bapak kamu dengar tak ?"
"Dengar ", jawab Mat ketakutan. Tanpa menoleh Mat pergi meninggalkan Lili.

Beberapa hari Lili tak nampak Mat, setiap hari Yah yang pergi kekedai. Sempat Lili bertanya kepada Yah ,kenapa Mat tidak ke kedai, tanpa rasa curiga Yah mengatakan bahwa Mat letih tidak mau disuruh ke kedai. Lili gembira Mat tidak mengadu apa-apa.

Lili tidak berputus asa, tiap hari Lili menunggu Mat di depan kedai itu. Dia tahu bahwa dia bersalah dengan Mat dia telah mencubit Mat dan menyakiti Mat, dia telah jahat dengan Mat, dia menyesal dan mahu minta maaf dengan Mat.

Pada hari keenam dari penantian Lili,  dia melihat Mat di kejauhan. Lili bertanya dalam hati bagaimana cara untuk menegur Mat untuk minta maaf, dia tahu Mat mesti sangat marah kepadanya. Dari jauh Lili melemparkan senyum ke pada Mat, terasa sejuk hati Lili,
Mat membalas senyumnya.
"Kamu mahu ke kedai Mat ???? ", Lili menegur Mat baik sekali.
"Ya, saya mahu membeli rokok untuk bapak aku ", jawab Mat sambil terus mengulum senyuman.
"Maaaaaaatttttttt !!!!!!!!!!!!!! , kamu sudah pandai menyebut  r r r o o o k k k o o ok k k?"
Llili menjerit keriangan mendengarkan kemajuan Mat.
" Ya  !!!  Lili !! aku sudah pandai menyebut rokok aku berterima kasih kepada kamu".
"Beberapa hari aku menunggu kamu Mat, aku mahu minta maaf dengan kamu , aku budak jahat, aku cubit kamu kuat-kuat aku geram", Lili mengemukakan penyesalannya kepada Mat.
"Lili kamu tak bersalah, sebab kamu cubit aku, setiap hari aku berlatih menyebut  r r r r
menyebut  k k k k  dan menyebutkan yang lain-lainnya. Aku berjaya Lili, aku dapat menyebutkan semua tanpa salah." jawab Mat dengan bangga .
"Aku sangat gembira Mat, aku bangga dengan kamu lebih-lebih lagi kamu tak marah dengan aku. Maaf kan aku ya Mat, aku betul-betul minta maaf, aku mahu berkawan dengan kamu sampai bila- bila, ya Mat kita bekawan". Lili gembira Mat tidak marah, dalam hatinya tertanam niat untuk berteman dengan Mat.

Akan tetapi tidak berapa lama selepas itu, Lili meninggalkan Mat mengikut orang tuanya berpindah ke tempat lain. Sampai saat ini mereka tak pernah bertemu lagi.

"Mat !!!! sekiranya kamu masih ada di dunia ini ketahuilah bahwa aku ,  Lili menunggu kamu sekali lagi,  hubungi aku ya Mat kalau kamu dapat membaca naskahku ini , aku menunggu kamu Mat,  kita ceritakan lagi kisah kita enampuluh satu tahun lima bulan
yang lalu."
";Berapa usia kamu waktu itu Mat ?. mungkin lebih kurang empat tahun; aku kagum dengan kamu Mat, dalam usia semuda itu kamu ssudah tahu makna berusaha dan berjuang untuk mendapatkan sesuatu, dan kamu memperoleh buah, hasil dari perjuangan kamu. Buahnya tersangat manis kan Mat ?? Umur  aku waktu itu lima tahun setengah. Sudah terlalu lama ya Mat ???? Waktu sudah begitu jauh meninggalkan kita.......... Biarlah waktu berlalu,tetapi kisah kita tidak luput ditelan waktu....................".







No comments:

Post a Comment