Thursday, 23 February 2012

SIAPAKAH KANAK-KANAK ITU ??? ( 1 )

Kanak-kanak adalah kanak-kanak bukan orang dewasa yang size badannya kecil.
cara mereka bergerak, cara mereka berpikir, apa yang mereka suka, keadaan fizikal mereka jauh berbeda dari orang dewasa.

Disebabakan perbedaan inilah orang dewasa tidak dapat memaksakan kehendak hati kepada anak-anak mereka. Para ibu bapa selalu memaksa anak-anak mereka belajar, tetapi anak tidak mahu, pekara sebegini adalah perkara biasa. Kita orang dewasa tidak dapat memaksa kan kehendak hati kepada kanak-kanak. Lebih-lebih lagi kalau masa peka kanak-kanak itu belum tiba. Orang dewasa meleter, kanak-kanak taidak mengerti mengapa orang-orang dewasa ini suka meleter. Walaupun ada diantara kanak-kanak itu mengerti apa maksud leter ibu bapanya tetapi mereka hairan mengapa harus maleter, walaupun kita jelaskan tetap mereka tidak mengikutnya .  Mengapa  ?

Kanak-kanak itu ada dunia sendiri, mereka hidup dalam dunia mereka, mereka yang menentukan apa kehendak hati mereka . Alam semula jadi kanak-kanak adalah bermain, mereka mencari kehendak hati mereka, mereka ingin mengetahui alam ini dengan cara mereka sendiri, kadang-kadang mereka merusakkan barang-barang, kadang- kadang mereka sengaja membuang dan menghempaskan, sebab mereka ingin tahu apa jadinya barang tersebut sesudah dihempaskan itu.

Kanak-kanak suka berlari-lari dan melompat-lompat, orang dewasa selalu marah-marah, lebih-lebih lagi kalau melompat-lompat di kursi atau di tempat tidur. Biasanya orang tua marah dan memukul anak-anak mereka. Kanak kanak itu disuruh duduk diam-diam. tentulah ini tidak boleh, sebab fizikal mereka menghendaki supaya mereka bergerak, berlari, melompat, memanjat dan lain sebagainya. Mereka tidak menghiraukan berbahaya atau tidak, yang penting harus bergerak sebab begitulah kehendak semula jadi tubuh kecil mereka itu. Selalunya orang tua melarang, meleter dan kadang-kadang memukul anak itu.
Apakah betul tindakan orang itu seperti itu ? Tentunya kurang betul. Bagaimana yang betul ? Orang tua harus mencarikan tempat yang sesuai, harus menjaga dari bahaya. 
Biarkan mereka menggerakkan badan mereka sesuai dengan kehendak alam mereka.      Leter orang dewasa hanya akan menimbulkan dendam di hati kanak-kanak.

Ada juga kanak-kanak suka berbohong, kadang-kadang dia mengatakan melihat seekor ular padahal yang dilihatnya itu hanyalah seekor cacing dan berbohong yang lain yang seumpamanya. Orang dewasa meleter, marah-marah sedangkan kanak-kanak itu hairan mengapa kita marah-marah.

Kadang-kadang kanak kanak suka berkhayal, bercakap-cakap seorang diri tanpa teman, suka memakai baju superman, main pistol tembak-tembak, ingin jadi askar. Banyak lagi keinginan mereka. Ini juga adalah salah satu dunia mereka.

Orang tua yang tidak mahu memahami dunia kanak-kanak ini hanya pandai marah-marah,
Apa yang terjadi kalau selalu marah marah ?
Dalam hati kanak-kanak timbul dendam, jiwanya jadi keras, tidak ada kasih sayang dalam dirinya. Dia jadi orang yang kasar hanya mementingkan diri sendiri, tidak pernah berpikir, tentang orang lain, jadi orang yang pemarah sebagaimana dia dimarahi dulu.

Kita tidak mahu anak kita jadi begini kan ? Didiklah anak-anak dengan penuh kasih sayang, dia akan jadi seorang yang penyayang, selalu memikirkan orang lain akan menjadi orang yang ikhlas , jujur dan periang, dan menggembirakan orang lain.

                                                        ***********

                                                 
                                                              
          

No comments:

Post a Comment