TERCABUT JANTUNG KU ..............
" Ibu besok Iya ada ujian, tapi Iya ..........", terdengar tangisan yang ditahan dari gagasan telefon Ku.
" Tapi kenapa Iya ?", Aku bertanya dengan suara yang diusahakan supaya terdengar tenang .
" Tapi Iya tidak tahu apa-apa , tidak tahu apa yang akan dijawab dalam ujian besok", Iya betul-betul menangis tersedu-sedu mencurahkan semua rasa duka di hatinya.
" Iya !!!! dengarkan Ibu, Iya jangan menangis, tenangkan hati Iya ", Aku menjawab dengan tenang walaupun dalam hati kerisauan telah memuncak . Besok anakku akan ujian tetapi malam ini dia mengaku tidak tahu apa-apa. Terasa jantung tercabut dari tempatnya.
"Macam mana ni bu, tolonglah Iya , ibu jangan kecewa dengan Iya bu ", terdengar lagi suara anak Ku menangis kecewa .
"Iya, sekali lagi dengar cakap ibu, ibu tahu buku-buku Iya berselerak terbuka di lantai, Iya tutup semua buku-buku itu susun baik-baik , tenangkan hati Iya . Sebenarnya kalau Iya merasa tidak tahu apa-apa tandanya pengetahuan Iya sudah lengkap untuk menghadapi ujian besok, Iya rehat sebentar lagi ibu datang ", Aku menenangkan hati anak kesayangan yang menjadi harapan.
Tanpa berpikir panjang Aku pun bersiap-siap untuk pergi menemui Iya , nasib baik sahaja jarak Universiti dengan rumah Ku tidak begitu jauh. Jam waktu itu sudah menunjukkan pukul l2 lewat 17 minit . Aku membawa nasi dan lauk pauk, Aku bangunkan anak Ku Nini dan Iman. Sambil mengantuk keduanya masuk kereta.
Sampai di jalan Bangsar kelihatan kenderaan bergerak perlahan disebabkan kerja-kerja membaik pulih dijalankan. Ketika tiba di lampu merah, Aku terus mengikut rapat kereta di hadapan. Alangkah terkejutnya kami suasana menjadi terang benderang disekeliling kami , semua lampu nyala menyorot kereta kami. Rupanya kami terkena " traficlight trap ", dengan perasaan kecut dan risau Aku teruskan pemanduan.
Sampai di Universiti, Aku berusaha supaya dapat bertemu anak Aku.
Aku dapati Iya sedang berbaring dan tidak ada sebuah bukupun ditangannya, dengan gembira dan rasa kelakar kami bercerita kepada Iya mengenai kejadian di jalan raya tadi ketika kereta kami menjadi tumpuan padangan orang di jalan yang disorot seterang-terangnya.
Aku rasa bersyukur ketika itu.Aku lihat anakku Iya masih dapat tertawa dan ikut serta dalam perbualan kami. Aku buka bekalan yang dibawa dan kami makan bersama-sama
sambil bercerita hal-hal yang menggembirakan.
Setelah selesai Aku melihat Iya tenang tidak menunjukan hal-hal yang merisaukan .Aku pun berkata:" Iya sekarang Iya tidur , tidur dengan tenang besok Iya akan merasa segar semua pengetahuan sudah ada di kepala untuk menjawab semua soalan-soalan ujian. Percayalah besok Iya akan dapat menjawab semua soalan- soalan yang dikemukakan dengan betul." Aku berkata penuh yakin supaya Iya yakin akan dirinya meskipun hati Aku teramat risau tidak terkata. Rasa sangat berat hati untuk meninggalkan Iya di asramanya itu.
"Sekarang Iya tidur" , Ibu, Nini dan Iman akan balik ke rumah, besok mereka akan ke sekolah. Percaya pada ibu, yakinkan diri besok Iya akan bergelar seorang Dokter".
Suara Aku sangat meyakinkan, ayat-ayat Aku sungguh tegas dan bersemangat , walaupun keluar dari hati yang kecut, dan perasaan takut luar biasa. Kami pun balik kerumah, hati Ku memang sangat-sangat tidak tenteram ketika itu, tidak satu saat pun Aku lupa untuk berdoa , mulut komat kamit dengan bermacam-macam doa . Malam itu Aku tak dapat tidur , dapatlah Aku bertahajjut dan solat hajat supaya dimudahkan Allah untuk anak Ku menghadapi ujiannya. Ahamdulillah doa Ku terkabul .
Aku semakin yakin ALLAH yang MAHA KUASA mendengarkan dan mengabulkan permintaan hamba-hambaNya kalau hambaNya itu benar-benar memohon dengan sungguh-sungguh DAN TULUS IKHLAS kepadaNya .
Lebih-lebih lagi doa seorang ibu untuk anaknya.
Aku bersyukur lagi kepada ALLAH YANG MAHA KUASA , anakku Iya tidak pernah melupakan semua usahaku untuk kejayaannya . Iya tetap sebagai anak kepadaku walaupun dia sudah menjadi seorang ibu, dengan kerjayanya yang gemilang.
Aku mengucapkan terima kasih kepada anakku Mohd Irwan Dahnil yang selalu mendorongku dan memberi motivasi kepadaku untuk menuliskan setiap pengalamanku dimasa silam, dimana aku harus menjadi tonggak, padahal kekuatanku tak seberapa, aku harus tetap kukuh , untuk anak-anakku , supaya mereka dapat meraih masa depan mereka yang yang gemilang.
Jika kuingat semua kisah silamku , tanpa kusadari air mataku mengambang dipelupuk mataku, betapa aku harus melalui saat-saat yang getir yang sangat berat, dengan berbagai masalah yang harus aku selesaikan, sebenarnya hatiku rapuh dihempap beban yang tak tertanggungkan, kadang-kadang aku rebah , dengan kekuatan yang masih tersisa, hatiku menyuruh aku bangun , supaya anak-anakku tidak mewarisi keperitan hidup yang aku rasa sepanjang hidupku.
ALHAMDULILLAH sekarang ini ALLAH TELAH MEMBERI AKU KESEMPATAN MEMETIK BUAH , SEBAGI HASIL DARI APA YANG AKU TANAM SELAMA INI. SYUKUR YA ALLAH , SYUKUR YA RAHMAN, SYUKUR YA RAHIM
AMIN YA ALLAH AMIN YA RABBULALAMIN, ALHAMDULILLAHHIRAMBULALAMIN.
No comments:
Post a Comment